background

Sunday 21 September 2014

PANTANG LARANG SEMASA BERPANTANG



Saya nak kongsi ilmu sikit untuk panduan kita bersama,sementelah saya pun baru abis pantang,,,so saya nak kongsi sedikit pantang larang semasa berpantang 

Ada beberapa pantang larang semasa kita berada di dalam pantang :

1)Dilarang tidur tidak berbantal 
~tidur yang tidak berbantal akan mengakibatkan sesiapa yang berada di dalam pantang akan sakit kepala.Ini berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan meroyan.(xmo meroyan dalam pantang eh,kesan dia seumur hidup)

2)Memakai sarung kaki (stokin)-yang ni bagi saya wajb..44ari saya memang pakai dari pagi sampai malam.
~cara ini menjaga kaki dari dimasuki angin,jika angin menguasai badan semestinya kesihatan ibu sangatla tidak bagus

3)Jangan duduk mencangkung
~Kalau duduk mencangkung,dikuatiri rahim ibu yang lepas bersalin ini akan terkeluar.Kan lepas bersalin rahim kita masih lemah,jadi berjaga-jaga la

4)Rapatkan kaki bila tidur
~Semasa tidur hendaklah dirapatkan kaki.Ini boleh membantu mempercepatkan proses pemyembuhan rahim.

5)JAngan terlalu aktif
~bagi yang baru melahirkan anak hendaklah duduk diam di tempat istirehat selama seminggu.Lebih bagus kalo kita ada pembantu sehinggalah kita habis berpantang.Bagi yang mempunyai ibu atau ibu mertua beruntunglah sebb ada orang boleh jaga.Sebaiknya masa berpantang berehatlah sehingga abis pantang....supaya badan kita pulih sepenuhnya,

6)Jangan makan ubi-ubian
~dilarang sama sekali ibu yang berada di dalam pantang memakan keladi,ubi kayu,keledek kerana boleh menggangu sistem pencernaan si ibu yang baru bersalin

7)Jangan tidur di waktu senja
~Dilarang tidur pada waktu senja kerana pada waktu itu syaitan berkeliaran,

8)Ibu jari tidak boleh terhantuk
~Sangatla penting untuk menjaga ibu jari semasa dalam pantang,Pada satu-satu tempat jika terhantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah

9)Pantang 100 hari
~Memang sangat digalakkan untuk berpantang 100 hari dari melakukan hubungan kelamin kerana cara ini benar-benar mampu memulihkan peranakan ibu.

Credit To:bidanbersalin

Okeh,sedikit perkongsian yang saya rasa hebat dan bagus untuk semua ibu-ibu yang baru bersalin.Bagi yang akan bersalin GUD LUCK yea,,Semoga dipermudahkan

Saya,
Wany Nornid
908117
~

No comments:

Post a Comment