background

Thursday 12 March 2015

Tips Untuk Kurus

Assalamualaikum...

Kita rakyat Malaysia memang tak lari dari masalah gemuk...Malaysia merupakan negara yang paling "GEMUK" di asia tenggara,Itu bukanlah gelaran yang cemerlang atau boleh dibanggakan okeh...Obesiti dengan Malaysia Memang tak bole dipisahkan sebab Malaysia memang kaya dengan makanan yang sedap2..betol tak? Kita terdiri dari berbagai kaum dan bangsa,jadi memang kaya dengan pelbagai makanan.

Saya nak kongsikan 4 makanan yang bantu untuk kurus:

1)Teh Hijau :


Terlalu bnyak kajian menunjukkan khasiat teh hijau.Antaranya kajian di Jurnal Antarabangsa Obesiti Polyphonel teh hijau dapat menjaga berat badan yang stabil dan boleh meningkatkan metabolisme serta turut membantu membakar lemak dalam tubuh badan dengan mudah.

Kajian sains menunjukkan apabila anda minum 2-4 cawan teh hijau sehari i akan membakar kalori di dalam badan sebanyak 17 peratus lebih tinggi daripada biasa dalam masa yang singkat.Sebaiknya minum teh hijau semasa anda melakukan aktiviti untuk meningkatkan kesannya.

Teh hijau merupakan penyelesaian yang dicari bagi kebanyakkan org dalam program nak turunkan berat badan.Beberapa kajian membuktikan ektra cannatic dan asid gymenic dalam teh baik untuk mengurangakan keinginan untuk mengamibil makanan manis. Teh hijau juga membantu melancarkan penghadaman dan menstabilkan kandungan gula dalam darah serta suhu badan.

Amalkan minum teh hijau setiap hari untuk hasil yang ajaib,dan sila minum sebelom makan yea.

2)Limau Gedang




Buah ini menunjukkan tindak balas baik untuk dalam menentang lemak kerana badan mengandungi bahan khusus untuk membakar lemak pada tubuh.

Kajian di Scripps Clinic di Calofornia menunjukkan kebenaran fakta ini.Pengkaji mendapati pengambilan separuh dari limau gedang sebelom makan mampu menurunkan berat badan. Namun menikmati limau gedang itu sendiri lebih baik untuk memperolehi khasiat yang sepenuhnya Kajian mendapati limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.

Separuh dari limau gedang hanya mengandungi 3 kalori. Limau gedang mengandungi asid sitrik yang dapat mengurangkan kalori terkandung dalam makanan yang kita makan.Limau gedang mengandungi Vitamin C yang baik untuk badan.

3)CUKA

Cuka memang sudah diketahui bnyak khasiat sejak dulu lagi malah digunakans sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh masyarakat Greek dan Mesir.

Pengambilan cuka sebanyak 1 sudu teh dikatakan melambatkan rasa lapar kerana ia akan melambatkan proses pencernaan zat tepung.Bau cuka mungkin tak best tapi khasiatnya banyak termasuk mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit seperti jantung,arthiritis,alergi,gangguan pencernaan serta memecahkan molekul lemak sekaligus membantu proses penurunan berat badan.

4)HALIA

Sejak zaman berzaman,halia digunakan untuk melegakan rasa loya,masalah sukar penghadaman,melegakan masalah kekejangan perut dan membantu melancarkan perjalanan darah.

Halia juga membantu untuk membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.

Wanita yang ingin langsing selepas bersalin,kebanyaknnya memang mengamalkan halia untuk melangingkan badan sambil membuang angin.Antara kaedah yang digunakan ialah mencampurkan halia bersama lada hitam dan ikan bilis.Kemudian dicampurkan dengan perahan limau dan dijadikan menu pagi dan petang.


okeh...itu aja untuk kali ini..JUmpa next entry ya,.,,,,

No comments:

Post a Comment