background

Friday 19 June 2015

Amalan-Amalan yang baik dalam bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua..

Saya nak kongsi sedikit ilmu untuk tatapan atau perkongsian atau peringata untuk saya sendiri dan orang lain di luar sana.

Amalan yang menghidupkan Ramadhan ialah membanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada bulan Ramadhan adalah dituntut. Ibnn Abas melaporkan Rasullulah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadhan ketika Jibrail menemuinya lalu membacakannya Al-Quran (Hadis Riwayat Bukhari)

Membaca Al-Quran
Disunatkan memperbanyakkan membaca Al-Quran dalam bulan Ramadhan kerana ia bulan Al-Quran seperti firman Allah "..bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran,menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan ia menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

Malaikat Jibrail sentiasa bertadarus dengan Nabi Muhamad s.a.w sepanjang bulan Ramadhan. Para salaf mendahulukan bacaan Al-Quran dari ibadah lain. Sebahagian salaf khatam dalam masa 3hari sebahagiannya 7 hari dan selebihnya 10 hari.

Memberi Makan kepada orang yang berbuka puasa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)

Qiamulail
Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”
(Hadis riwayat Bukhari)

Solat Tarawih
Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.
Mengerjakan Umrah
Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)
Zakat Fitrah 
Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras. Di Malaysia, nilai zakat fitrah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri.
Okeh,sekian perkongsian dari saya,,semoga kita sama2 diberkati olehNya,Ameen..





No comments:

Post a Comment