background

Tuesday 29 September 2015

Promosi ESP Bakal Berakhir

Promosi ESP bakal berakhir harini..Sila lah buat pembelian sebelom pukul 11.59pm malam ni tau,,

Rugi la kalo tak grabbbb sebab ESP memang bagus untuk kesihatan dalaman. Sebab semua kelebihan ESP ada.Bukan nak overclaim tetapi memang itu realiti beliau.Kena konsisten je sebab nak hasil yang lumayan.Sebab kadang2 supplement ni ambil masa nak sesuai dengan badan kita..jangan amalkan tak sampai sebulan,xde kesan terus je biar.,kesian kat badan tu baru je nak sebati dah stop so badan tak bole baca yang mana 1 kita nak...



ESP Shaklee menggunakan kacang soya NON GMO yang tidak diubah genetik dan Bebas Kolestrol.So setiap soya yang kita beli,kita kena tau dia ok atau tak,,Jangan ambil sembarangan...

Arini last day PROMO ESP..Jom grab sebelom menyesal sebab order yea,,

Wany nornid
908117
0139236264

Selamat Hari Raya AidilAdha

Assalamualaikum....

Selamat Petang & Selamat Hari Isnin semua...
Rasanya tak lambat lagi nak ucap Selamat Hari Raya AidilAdha kat korang semua..hihihi,,Tahniah untuk sape2 yang berkemampuan untuk buat korban tahun ni.

Qurban berasal dari perkataan arab "Qurbarl" yang beerti dekat. Qurban juga disebut al-uddhhiyah dan adh-dhahiyyah yang beerti binatang sembelihan,seperti unta,sapi(kerbau) dan kambing yang disembelih pada hari raya AidilAdha dan hari-hari tasyriq lain sebagai bentuk taqarrub atau mendekatkan diri kepada Allah.

Pengertian Qurban Secara Lengkap dengan Penjelasannya

Sebahagian ulama berpendapat hukum qurban ni wajib, manakala sebahagiannya menganggapnya sebagai sunnah.

Alasan yang mengatakan amalan korban itu adalah wajib berdasarkan firman Allah :
Maksudnya ;
Sesungguhnya kami (Allah) telah memberi engkau (Ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu,sembahyangkan lah engkau pada hari raya Haji dan sembelihlah (binatang)korbanmu (Surah Al-Kauthar ayat:1-2)


Okeh,SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.


Wiring Area Semenyih,Bangi,Kajang

Assalamualaikum

Selamat Pagi Rabu semua...sempat ke dhuha pagi ni...kalo sempat Alhamdulillah..Kalo tak sempat bole cuba hari esok yea...kalo nak buat kena istiqamah..kalo tak memang tak menjadi..hihihi..Saya ingtkan diri saya dan semua tau,,tau..ingat mengingatkan kan bagus..ye dakkk!!! Lagipun tu salah 1 tips murah rezeki tau...


Okeh,Nak share pagi ni...Servis Wiring terbaekkkkk seantero dunia tau,,Alhamdulillah setakat ni servis memang terbaik & Sentiasa follow up customer beliau.Berurusan mudah dan harga pun istimewa ikut pasaran semasa..Semuanya mudah,,Area SEMENYIH,BANGI,KAJANG sangat dialu2 kan,,,kalo area lain pun bole..bole calling2 kita bincangkan(eh...eh,,,eh)..

Kerja-Kerja Wiring Yang beliau Buat :
1)Wiring Elektrik 1 phase dan 3 phase
2)Wiring Elektrik Rumah
3)Wiring Elektrik Pejabat
4)Tukar DB

Eh,,,semuala...dari tukar lampu sampai nak wiring 1 umah semua beliau bole buat..InshAllah,,sila lah contact beliau yea..

Anwar Husni
0139405264

Meh nak share gambar-gambar wiring beliau nih :)


























Okeh, itu antara beberapa gambar rumah-rumah yang beliau dah selesaikan.Setakat ini customer semua puas hati tau..ade yang panggil lagi pun ada...

So berminat nak buat wiring rumah..Silalah contact beliau..

Anwar Husni
0139405264

Wednesday 16 September 2015

Elakkan Sembelit semasa Berpantang

Sembelit Semasa Berpantang
Gambar Ihsan Google
Assalamualaikum...
Pernah tak alami sembelit masa berpantang????Haaa jgn nak tipu takde eh...saya tau waktu berpantang waktu yang memang sembelit sebab kita kurang makan benda2 yang berzat dan makanan sume kering2 belaka..

Jom saya nak share beberapa tips yang patut diamalkan masa berpantang yang memang membantu untuk mengurangkan sembelit :

1)Dahulukan makanan kaya fiber Sebelum waktu makan sebenar -
 Masa pantang saya makan 6 kali sehari. Makan dengan kerap tapi sikit-sikit. Setiap kali sebelom makam berat, korang patut makan dulu buah pisang,prune, dan susu. Kerana makanan ni kaya dengan fiber yang membantu melembutkan najis dan melancarkan pembuangan. Selain ini makanan utama lain yang bagus adalah kismis,kurma,betik, buah oren, dan epal.

2)Banyakkan minum air-
Selalu kita dengar mak2 kita mesti marah kalau kita minum banyak air sebab nanti asyik nak ke tandas je..ade jugak yang cakap kalo mnum banyak air luka lambat sembuh..Kalau ikut nasihat doktot memang kena banyak minum air sebab air membantu mengurangkan najis menjadi keras.Lagipun dalam pantang kan kita memang kena bnyak minum air untuk hasilkan susu yang banyak.

3)Elakkan tahan rasa nak membuang
Seelok2nya jangan tahan bila rasa nak membuang tu..memang malas kan kalau nak ke toilet tu tapi jgn tahan2..ini boleh memburukkan lagi rasa sembelit tu. najis yang ditahan akan menjadi lebih keras dan boleh buat luka lagi teruk bila dipaksa untuk keluar.

4)Cuba Berjalan dan Bergerak
Walaupun ada luka episotomy lagi atau alami kelahiran secara pembedahan, cuba bangun seawal mungkin untuk berjalan. Sebab pergerakan boleh membantu bahan buangan dalam usus untuk turun dengan baik kedalam dubur dan tidak tersekat didalam usus.

5)Makan OSTEMATRIX SHAKLEE
Pengalaman saya masa Auni dulu memang sembelit teruk..sebab kurang minum air.Saya pantang dengan arwah mak jadi air memang takleh minum banyak...semua kena sekat..saya suka sebab cepat berat turun tapi air je takleh minum banyak...bila air takleh minum banyak memangla sembelit kan...
Masa bersalinkan hadif saya pantang sendiri,.SO memang minum banyak air sebab haus & nak banyakkan susu..Selain tu saya makan OSTEMATRIX shaklee untuk kurangkan sembelit..Alhamdulillah xde sembelit dan senang nak membuang..Takla FOBIA...



Okeh,,,poster OSte ni je da tunjuk betapa bagusnya beliau..bukan nak overclaim tapi saya dah cuba,so saya rasa sendiri pengalaman tu...

Wany nornid
908117
0139236264

Sunday 13 September 2015

AUNI TURNS 4




Selamat Petang korang....

Watpe tu???Da minum petang ke..jom arini saya buat mee rebus..resepi azlita masam ni..tq kak ita.. xtau sedap ke x..hahahaha..men bedal je,,tapi penah la tolong arwah mak buat mee rebus ni,cuma tak pro la..mak memang pro la buat ni..sebab dia jual kan,,semua org suka,,air tangan mak memang sedap,tak dinafikan..hihihi..rindunya masakan arwah mak...

Sebenarnya saya beria masak mee rebus ni sebab besday anak sulong saya..Nur AUni Irdhina bt Zainul Anwar Husni...beliau lahir pada 13 September 2011...







Hepy bEsday Auni...Ibu, Ayah & Adik sayang sangat2 kat Auni..
Semoga membesar dengan sihat nak
semoga membesar menjadi anak yang solehah
Semoga membesar menjadi anak yang taat pada perintah Allah,ibu dan ayah
Semoga membesar menjadi anak yang pandai,bijak,dan cerdik
Semoga membesar menjadi anak yang dijauhkan dari cabaran2 duniawi,,,

Ya Allah, jadikanlah Anak2 ku ini,,anak2 yang sentiasa menuju ke jalan Allah,,,yang sentiasa penuh dengan ilmu agama..dijauhkan dari maksiat...Ameen Ya Rabbal Alamin...

Ibu mu yang sentiasa menyayangi mu...
Wany Nornid
908117
0139236264

Thursday 10 September 2015

Resepi Berpantang

Assalamualaikum & Selamat Pagi,

Korang semua!!!Salam jumaat yea,,hari2 jumaat ni mohla kita doa yang baik2...moga kita2 semua ni dapat keberkatan dan kemudahan dari Allah S.W.T..

Okeh,straight to the point..Isu Berpantang??Semua yang dah jadi Ibu mesti alami "berpantang time".Ada orang tak suka waktu berpantang sebab kena pakai stokin la,,kena pakai pilis la,stress la,badan bau busuk la sebab kena makan jamu la kan..sape ade rasa gini...angkat tangan..hihihi....
Saya lak suka berpantang sebab lauk dalam pantang tu yang buat saya suka...hihihi..kan bakor2 je bnyak kan,,sup2 je..makn sambal bole jugak sebenarnya tapi saya ni jenis bukan yang berani okeh!!!Sakit pun takut..tapi no wonder la,semua org takut sakit kan...jangan tipu eh,,,hahahaha

pantang memang sangat2 kena jaga,kalo bentan,,xde sape yang akan tolong kita..melainkan kita sendiri yang kena tahan sakit okeh...bagi sayala bab berpantang ni perlu tradisional...ibu jari kaki kena jaga,,itu pesan arwah mak dulula..rindu lak kat arwah mak bila sebut ni...saya rasa mak la yang the best jaga saya masa dalam pantang...huwaaaaaaaaaaa....Rindu lak masa tu...sedih,sedih

Okeh, saya nak share resepi berpantang untuk panduan korang,,,hihihi'




17 resepi menu berpantang


1. Ikan Masin Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam
Cara-cara:
-Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati

2. Ikan Tenggiri Kering
Bahan-bahan:
-1 keping ikan tenggiri kering
-2 biji lada besar
-½ biji bawang besar dihiris
Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas

3. Sambal Tok-tok Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Bawang merah
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Lada hitam
Cara-cara:
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas

4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa
Bahan-bahan:
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
-1 labu bawang besar
-5-6 tangkai cili kering
-3 ulas bawang putih
-½ inci halia
-Sedikit air asam jawa & gula
Cara-cara:
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.

5. Ikan Bilis Goreng Aroma
Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak
Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan

6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin
Bahan-bahan:
-Sebiji bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji telur
-Cili mesin 1 sudu
Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.

7. Pegaga Masak Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Sedikit santan pekat
-Lada hitam (lebihkan)
-Ikan bilis putih
-Kunyit hidup
-Halia
-Garam
Cara-cara:
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.

8. Hati Masak Limau Purut
Bahan-bahan:
-1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
-5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
-6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
-3 labu bawang besar
-4 ulas bawang putih
-2cm hirisan halia muda
-½ camca ketumbar
-½ camca jintan manis
-½ camca jintan putih
-Garam & gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis
Cara-cara:
-Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.

9. Hati Goreng Lada
Bahan-bahan:
-600g hati lembu direbus dan dipotong
-4 sudu besar lada putih
-2 sudu besar serbuk rempah
-2 sudu besar minyak
-1 sudu besar air asam jawa
-½ sudu serbuk jintan putih
-1 sudu serbuk kunyit
-2 labu bawang besar
-Garam/ Ajinomoto secukup rasa
-1 batang daun bawang untuk hiasan
Cara-cara:
-Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan hirisan daun bawang

10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam
Bahan-bahan:
-4cm halia muda
-3cm kunyit hidup
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)
Cara-cara:
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa
11. Sambal Tok-tok
Bahan-bahan:
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang
Cara-cara:
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.

12. Daging Goreng Halia
Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.
Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.

13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)
Bahan-bahan:
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa
Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

14. Ayam Panggang Selera Pantang
Bahan-bahan:
-Ayam
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis
-½ sudu jintan putih
-1cm kunyit hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-garam
-Air asam jawa
-½ cawan air
Cara-cara:
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.

15. Ayam Percik Chinese Style
Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-Daun salam dan daun kunyit
Bahan A:
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkih
-Kulit Kayu Manis
-Jintan Manis
-Lada Hitam
-Serai & Halia
-Gula Melaka – dicincang halus
-Lemon – diperah
-Santan
-Garam
-Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)
Cara-cara:
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.
16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah
(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)
Bahan-bahan:
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah
Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.
17. Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).
Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah
Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.

Okeh,selain jaga makan...kita kena makan supplement untuk kuatkan badan gak..Sebab masa bersalin Auni saya tak makan pape..Masa Hadif saya makan Shaklee saya rasa sihat n kuat sikit lepas 2 minggu tu...So Mommy2 yang kat lua sana yang terpikir2 manela set yang sesuai ni...amek je SET BERPANTANG SHAKLEE ni...bukan susah sgt kan...tak yah makan jamu..kadang2 jamu ni panas..anak bole kena kuning...

  • ESP
  • VITALEA
  • VITAMIN C
  • B COMPLEX
  • ZINC COMPLEX
  • OSTEMATRIX
6 kombinasi yang hebat..yang bole membantu korang dan baby sihat..inshAllah..So nak order SIlalah WA/PM saya yea..

Wany Nornid
908117
0139236264

Wednesday 9 September 2015

Kehidupan yang sempurna

Assalamualaikum,

makan untuk hidup ke hidup untuk makan???hihihi,,,selalu cikgu tanya cmtu kan masa sekolah2 dulu,,(haish fefeling sekolah plak)

Rindu plak zaman sekolah menengah,masa darjah 6 result UPSR saya Alhamdulillah agak membanggakan,,hihihi(jangan bangga,dosa nanti)..so arwah mak decide nak masukan dalam sekolah agama..mula2 saya mcm berat jugak,,bukan isu sekolah agama tapi isu duduk asrama tu,,sedihla kalo tinggalkan mak n ayah..sebab da biasa berkepit kan..Saya bukan la anak bongsu,,tapi anak sulong..saje je gedik kan..hahahaha

bila da start isi borang,bla,bla,bla semua tu,.,saya diterima okeh,,doa mak ayah agaknya,,sob..sob..suka,sedih,takut,semua ada masa tu,,Allahuakbar!!!tapi sebab arwah mak kuat,so saya kuatkan ati gak untuk pegi,,masa mak tu mak paksa2 pegi gak..saya mula2 rasa marah gak,,tapi saya agak mak mungkin nak ajar saya berdikari kot kan...

saya daftarkan diri,dapat dorm yang bole dikatakan okla,,,kakak2 dorm yang otai2 ni ade yang baik,ada yang mulut bisa2..kawan2 sume ok...cuma baru2 kan,tak kenal lagi ..sebulan dok asrama,hari2 balik prep je call mak nanges2 nak balik umah....huwaaaaaaaaa...malunya...hahahahaha

Arwah mak ni agaknya kat umah kuatkan hati jela, hahahaha,,,mengada2 kan,,abis sebulan tu,tak daya dah nak nanges,hahahaha,,,mak pun tak layan,bulan 2 Alhamdulillah,da ade kawan2,..da kenal2 sikit cara hidup kat asrama,so bole la ketchup sikit2...

Mak pun nasihat2 bila balik hujung bulan tu,sudahnya sampai tingkatan 5 dok asrama tau,,,punyela taknak kan...
Alhamdulillah,sampai harini jadi orang,,ada ilmu sikit walaupun tak banyak mane...yang penting umur banyak mane pun tetap kena belaja tau,jgn malu,jgn segan,

Kehidupan saya tidaklah sempurna mana,mak saya tinggalkan saya di usia 48tahun,masa tu Auni baru setahun lebih,Rasa rindu tetap ada sampai harini..Cuma saya bersyukur sebab masih ada ayah yang care kat kitaorg...Semoga Allah panjangkan umur ayah...Ameennnn Ya ALLAH,.sihatkan la tubuh Ayahku,...

Tempatkanla Arwah ibuku Di SYurgamu Ya ALLAH...AMEEN YA RABBAL ALAMIN