background

Sunday 21 June 2015

Vitamin E lagiiii....

Salam 5 Ramadhan uolss,

Arini saya nak kongsikan siapa yang sesuai atau perlukan Vitamin E :
  1. Yang inginkan kulit cantik
  2. Yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, tona tidak sekata, strechmark diperut, luka, kulit berminyak dan tanda2 penuaan.
  3. Anemia
  4. Mempunyai masalah saraf dan otot
  5. Penghidap darah tinggi dan sakit jantung
  6. Masalah rambut gugur
  7. Untuk atlet elak kekejangan otot
  8. Masalah kesuburan
  9. Dingin dengan pasangan
 Risiko kekurangan Vitamin E :
  1. Sel darah merah terbelah
  2. perubahan degenerative pada sistem saraf dan otot
  3. Gangguan pergerakan (sukar berjalan)
  4. Gangguan penglihatan
  5. Warna kulit tidak sekata
  6. Mudah mengalami keradangan
  7. Penuaan kulit sebelom masa
  8. Keguguran rambut
  9. Anemia











vitamin cinta dan shaklee

Customer saya yang dah melalui fasa kecantikan dari luar dan dalam akan mengiyakan yang Vitamin E ni memang best!!kesan yang superb untuk mereka yang konsisten,jadi jangan tggu lagi.,,order 1,2,3,4..harga tetap murah,,,istimewa untuk customer yang terawal...

Sihat itu Indah,
 Wany nornid
908117
0139236264

Saturday 20 June 2015

Vitamin E Shaklee

Salam Ahad Uolss!!! Ramadhan ke-4,Alhamdulillah..semoga segala ibadah kita diterima oleh pencipta kita..Rasa bertuah sangat kalo bulan Ramadhan ni kalo sentiasa ade kan...hihihi...saya suka!!saya suka!!

Arini saya nak share tentang Vitamin E,Jom baca sampai habis haaa...

1. Sumber Vitamin E.

Bagaimana anda melengkapkan Vitamin E harian anda?Jika anda dapat melengkapkan nutrisi Vitamin E anda melalui makanan, itu pastinya lebih baik.Tetapi adakah mencukupi dengan jumlah yang anda perlukan?Selalunya Vitamin E boleh didapati dari sumber berikut :



Tetapi kebiasaanya semua org tak mungkin dapat Vitamin E yang secukupnya setiap hari.Oleh itu, sebagai alternatif untuk melengkapkan Vitamin E korang setiap hari adalah dengan makan Vitamin E Shaklee yang lengkap dengan tambahan selenium dan biji anggur.

2.Apakah Kandungan Vitamin E Shaklee?

  • Minyak kacang soya 
  • Minyak biji gandum (yang kaya dengan Vitamin E)
  • 8 jenis Vitamin E (d-alpha,beta,gama,delta)
  • Mengandungi 10mg selenium semulajadi untuk membantu penyerapan Vitamin E dengan lebih baik
  • Mengandungi GRAPE SEED EXTRACT  yang kaya dengan antioksidan




Jom baca kelebihan Vitamin E Shaklee ni pulak..

  1. Melambatkan penuaan,Antioksidan yang tinggi dalam Vitamin E mampu melambatkan proses penuaan pada mereka yang makan setiap hari..kalo bole jgn skip tau untuk hasil yang superb!!
  2. Membantu mengurangkan kesan regangan atau strechmark akibat kehamilan dan kegemukan
  3. Pencegahan penyakit katarak
  4. mencegah penyakit jantung
  5. Melindungi stuktur membran daripada rosak
  6. Membantu melancarkan peredaran darah
  7. Mengendurkan otot kaki daripada kekejangan
  8. Meningkatkan pengeluaran air mani
  9. Kulit dan rambut menjadi sihat
  10. Menguatkan dinding kapilari
  11. Membantu mengekalkan kecergasan dan meningkatkan prestasi atlet
  12. Membantu kesuburan
  13. Mencegah anemia
  14. Merapatkan hubungan suami isteri
  15. Mengandungi grape seed atau biji anggur yang juga penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular
okeh,sekian untuk entry kali ni,,next entry saya kongsi siapa yang perlukan Vitamin E..tgguuuuu!!!!


Sihat itu Indah,

Wany nornid
908117
Bole WA :0139236264



Friday 19 June 2015

Vitamin C Shaklee Vitamin Kegilaan Semua!!


Vitamin C yang superb!!
  • Tubuh kita memerlukan pengambilan Vitamin C setiap hari kerana sifat Vitamin C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak boleh menyimpan Vitamin C. Vitamin C hanya ada dalam darah manusia selama 12 jam dan dalam tempoh tersebut Vitamin C bekerja dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan keimunan dan juga meningkatkan fungsi-fungsi sel bahagian tubuh yang lain.


  • Vitamin C amat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh anfa yang mana vitamin C membina kolagen iaitu protein yang melindungi tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. Selain itu pengambilan harian Vitamin C yang cukup membantu menyegerakan proses pemyembuhan luka-luka,membaiki dan memelihara stuktur gigi dan tulang.

  • Berdasarkan banyak kajian yang telah dilakukan, tubuh kita memerlukan 500mg vitamin C setiap hari untuk untuk mencapai tahap kesihatan yang baik. Kita memerlukan vitamin C setiap hari kerana sel-sel tubuh manusia tidak mempunyai enzim guluno-lacton-oxidase yang diperlukan untuk menukar glukos kepada ikatan kimia 2-keto L-Guluno-lactone untuk hasilkan vitamin C. Tambahan vitamin c sering digunakan dan mudah rosak dalam tubuh. Oleh itu, Kita memerlukan vitamin c sama ada melalui makanan ataupun supplement.





Kebaikan Sustained Release Vitamin C Shaklee ini ialah :
  1. Berkesan mencerahkan kulit,sekata,gebu,dan berseri
  2. Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap bawah mata.
  3. Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu,fungsi kelenjar adrenal dan juga mendapat gusi yang sihat.
  4. Melindungi sel tubuh dari kesan pencemaran
  5. Melindungi dari jangkitan selsema serta meningkatkan imuniti
  6. Membantu mengurangkan tahap kolestrol, tekanan darah tinggi , dan mencegah aterosklerosis.
  7. Melindungi dari pembekuan darah, lebam, menggalakan penyembuhan luka dan pengeluran hormon anti stress
  8. Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang
  9. Merawat jangkitan saluran kencing
  10. Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.

Okeh, entry ni saya kongsikan kelebihan Vitamin C...Next entry saya kongsikan Kenapa perlu Vitamin C ni tau,,,tau..hihihi..



Salam 3Ramadhan,
Wany nornid
908117
0139236264




Amalan-Amalan yang baik dalam bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua..

Saya nak kongsi sedikit ilmu untuk tatapan atau perkongsian atau peringata untuk saya sendiri dan orang lain di luar sana.

Amalan yang menghidupkan Ramadhan ialah membanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada bulan Ramadhan adalah dituntut. Ibnn Abas melaporkan Rasullulah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadhan ketika Jibrail menemuinya lalu membacakannya Al-Quran (Hadis Riwayat Bukhari)

Membaca Al-Quran
Disunatkan memperbanyakkan membaca Al-Quran dalam bulan Ramadhan kerana ia bulan Al-Quran seperti firman Allah "..bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran,menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan ia menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

Malaikat Jibrail sentiasa bertadarus dengan Nabi Muhamad s.a.w sepanjang bulan Ramadhan. Para salaf mendahulukan bacaan Al-Quran dari ibadah lain. Sebahagian salaf khatam dalam masa 3hari sebahagiannya 7 hari dan selebihnya 10 hari.

Memberi Makan kepada orang yang berbuka puasa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)

Qiamulail
Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”
(Hadis riwayat Bukhari)

Solat Tarawih
Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.
Mengerjakan Umrah
Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)
Zakat Fitrah 
Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras. Di Malaysia, nilai zakat fitrah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri.
Okeh,sekian perkongsian dari saya,,semoga kita sama2 diberkati olehNya,Ameen..





Promosi June 2015

Assalamualaikum kawan2 semua,

Lama tak berblogging..owhhh rindu rasa tau..tapi kekangan masa membuatkan semua masa tergendala..cewahhhh!!!hihihi..
Hune da hampir masuk hujung bulan dahtapi korang xtau lagi apa promo Shaklee bulan ni..

Bulan ni bulan Vitamin Cantik Uolls!!!Vitamin C dan Vitamin E,,Sangat superb,,sebab bole jaga kecantikan dari dalam kan...sangat best untuk semua yang mementingkan kecantikan dari dalam.

Lupa lak nak ucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ni,,Arini Ramadhan ke-3,,Alhamdulillah,rasa sayu sangat2 sebab tahun ni tahun ke-3 berpuasa tanpa arwah mak yang sgt saya sayangi..sedih sungguh hati ni..tapi apakan daya saya tak leh nak lawan qada' qadar yang telah Allah tetapkan untuk hambanya..

Aduhai bila masuk bab ni je hati terus tersentuh..huhuhu..Semoga Allah kuatkan hati saya dan family saya untuk menempuh ujian ini ya...Ameen Ya Rabbal Alamin...

Okeh berbalik pada promosi bulan June ni,,saya nak belanja gambar beliau ber2 untuk tatapan korang yang belom atau nak jamu mata tengok Vitamin Kesayangan saya ni,,,



Tadaaaaaa!!!wah gebu gebas tgk Vitamin ni kan.sangat teruja,,So sape2 yang nak order bolelah order kat saya secepat yang mungkin sebelom masa promosi ini tamat begitu sahaja..


Wany nornid
SID:908117
0139236264