background

Saturday 18 October 2014

TIPS ASAS BANYAKKAN SUSU IBU

Assalamualaikum semua,,Entry kali ni saya nak kongsikan tips asas untuk banyakkan susu ibu.

Terdapat pelbagai kaedah yang bole anda aplikasikan dalam membantu diri untuk memperbanyakkan kembali susu ibu ketika sedang bergelut di dalam episod susu ibu mula berkurangan.

1)PAM ATAU SUSUKAN BAYI SETIAP 2 KE 3 JAM
~susu ibu terhasil berdasarkan konsep penawaran dan permintaan.Oleh sebab itulah,apabila kerap meminta,lebih banyak susu mampu dihasilkan.Ada andaian yg menyatakan susu akan kering apabila payudara dikosongkan.Ia tidak benar ya!Sebetulnya,lebih kerap payudara dikosongkan melalui penyusuan langsung atau pengepaman,ia merangsang otak dan tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu bagi memastikan keperluan bayi dapat dipenuhi dengan baik.

2)USAH TUNGGU SEHINGGA PENUH
~bagi yang bekerja,buangkan persepsi bahawa anda hanya boleh mengepam susu apabila payudara mula terasa penih.Salah satu cara anda itu!Anda harus didik diri untuk menghasilkam susu pada suatu tempoh tertentu.Oleh sebab itu,anda digalakkan untuk mengepam ketika di tempat kerja setiap dua ke tiga jam.Lakukan secara tetap.Dengan demikian,otak dan tubuh sudah terbiasa dengan rutin ini dan akan berterusan menghasilkan susu untuk keperluan bayi

3)TANDEM PUMPING
~Hal ini dapat anda lakukan dengan mengepam sebelah payudara sambil menyusukan anak.Langkah ini dapat memaksimumkan penghasilan susu.Apabila susu dihasilkan pada sebelah kanan,secara automatiknya,payudara sebelah kiri turut menghasilkan susu apabila amalan tandem pumping selalu diamalkan.

4)KEBAIKAN PENYUSUAN MALAM
~Penyusuan yang kerap di waktu malam terutamanya di awal pagi adalah baik kerana ketika ini hormon prolaktin banyak dihasilkan.Tambahan pula ketika ini,diri anda berada dalam keadaan tenang.Jadi ia membantu anda melancarkan proses penghasilan susu,

5)MINUM AIR MENCUKUPI
~Adalah penting untuk anda memastikan tubuh mendapat bekalan cecair mencukupi setiap hari.Bagi para ibu menyusu,anda disarankan minum sekurang2nya tiga liter air setiap ari.Ia tidak terhad kepada air kosong sahaja.Anda boleh mengambil susu,jus buah-buahan segar,sup atau apa jenis cecair yang berkhasiat.Hal ini penting untuk diberi perhatian kerana salah satu elemen utama dalam penghasilan susu adalah cecair.

okeh,,,uolls bole apply tips-tips kat atas..sangat membantu untuk banyakkan susu...saya selalu amalkan tandem pumping tu rasa mencurah-curah tau disamping saya makan SET BREASTFEED SHAKLEE..ALhamdulillah lagi mencurah2...


okeh...
sambung next entry

love.
wany nornid

No comments:

Post a Comment